GENG BAS SEKOLAH !

TABUNG BERSAMAMU ^^

Jumaat, 14 September 2012

Simple Homemade Moist Choco Cake

Hmm, harini rajin sket lah nak update blog actually haku nak share ngan readers semua  MoistChocoCake Recipe and haku pasti korang jugak mesti penggemar cokelat kan? :P

Okay puan puan,sebelom i nak share recipe korang pi amik kertas and pen dulu kot2 nak buat short notes? Eheheee.Perasan aje lebih.

Untuk lebih senang i akan kelaskan bahanbahan mane yang uolls kene buat dulu ye .

Bahagian A 
 1/2 cawan gula halus
 1 cawan serbuk koko
 1 cawan air panas 

 * Okay , bhagian A neh, korang campur semua dalam periuk,kacau diatas api kecil sehingga likat tau.Jangan sampai terhangit pulak ye.



Bahagian B
125gm marjerin
1 cawan gula halus
3 Biji Telur Gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan tepung Blue Key(Kotak yang Kaler pink tau)

Cara-cara:

1. Pukul marjerin,gula sehingga kembang dan gebu pada kelajuan sederhana.
2.Apabila,adunan tadi telah kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji ye.
3.Masukkan 1 sudu kecil esen vanilla.Pukul adunan tadi hingga sebati.
4.Masukkan bahagian A iaitu coklat yang korang masak tadi ke dalam adunan.Kacau hingga sebati.
5.Kemudian,masukkan pula 1 cawan tepung blue key tadi (Masukkan tepung secara sikit-sikit untuk elakkan tepung jadi berketul bila dikacau).
Kacau adunan tadi sehingga sebati.
6.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan sedikit butter/marjerin.
7.Sedia untuk dibakar selama 45-50 minit pada suhu 180 celcius.

Tips :
Keluarkan kek dari acuan apabila kek sudah sejuk sepenuhnya untuk menghasilkan permukaan kek yang licin.

* Panaskan oven dahulu pada suhu yang ditetapkan sebelum memasukkan kek kedalam ketuhar.Untuk mengelakkan kek bantat/tak jadi.


Topping cake:
1 cawan serbuk koko
1 tin susu pekat(Boleh kurangkan klo tak suka manis)
3/4 marjerin @ minyak jagung(Untuk memberikan tekstur topping berkilat)

*Cara memasak buat double boiler tau.Masukkan semua bahan diatas kacau sehingga pekat dan sebati tau.Dan sejukkan .


Tadaaaaa hasilnya :)




Okay,korang boleh decorate ontop ngn strawberry
or whatever fav fruit korang..
Tapi janganlah decorate ngn buah dorian ?! Habes rosak cake. Kehkeh





Decorate ngan choco bar/rice and wafer stick pun boleh jugak .

Everything it's up to you lah,sebab korang jugakkan nak melantak nanti :P

Okaylah dah letih menaip neh! See you guys next time :) Jangan lupa cuba recipe neh ye :P Lots of love DZ 



2 ulasan:

Eyreen berkata...

sedapnya.., teringin lak nak wat

Nadd berkata...

Hi,eyreen! Try la buat,sedap sangat tau cake nih :)